Kami merupakan pembekal dan penjual barangan berasaskan teras dan kayu. Pengkhususan lebih kepada Tasbih Teras dan Tongkat Teras. Juga memasarkan produk lain seperti cincin, permata dan minyak gaharu. Hubungi kami melalui WhatsApp atau mesej ke +6011 1991 5484
Friday, February 8, 2013
Thursday, January 24, 2013
MAKLUMAN
Makluman kepada pengunjung blog Teras Kayu , pihak kami akan menghentikan buat sementara waktu operasi blog ini bermula 24/1/2013
( Khamis ) hingga 8/2/2013 ( Khamis ). Selama dalam tempoh tersebut, segala pertanyaan hanya akan dilayan melalui sms dan segala maklumat didalam blog ini akan dikemaskini setelah tempoh tersebut.
syahir - +6014-5067693
( Khamis ) hingga 8/2/2013 ( Khamis ). Selama dalam tempoh tersebut, segala pertanyaan hanya akan dilayan melalui sms dan segala maklumat didalam blog ini akan dikemaskini setelah tempoh tersebut.
syahir - +6014-5067693
Wednesday, January 23, 2013
Sunday, January 13, 2013
SALAM MAULIDURRASUL 1434 H
Selamat Menyambut Bulan Kelahiran Junjungan Mulia. Jika sebelum ini, kita hanya selawat kepada Baginda dalam tahiyat sahaja, maka dalam bulan ini, perbanyakkan selawat dalam kehidupan kita. Diceritakan, Pada waktu permulaan Rasulullah SAW berkhutbah, baginda tidak berkhutbah di atas mimbar, sebaliknya baginda hanya bersandar pada sebatang pohon kurma. Keadaan demikian berpanjangan sehingga beberapa ketika. menurut riwayat dalam sahih Al Bukhari, seorang perempuan dari golongan Ansar datang menghadap Rasulullah dan berkata,
"wahai Rasulullah, adakah Rasulullah bersetuju kalau saya buatkan sesuatu yang dapat Rasulullah gunakan untuk duduk sewaktu berkhutbah, ketahuilah bahawa saya mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi tukang kayu."
Jawab Rasulullah, bahawa baginda bersetuju . Lalu perempuan itu membuat sebuah mimbar yang sederhana besarnya untuk baginda menggunakannya.
Setelah mimbar tersebut siap dan digunakan oleh Rasulullah SAW, berlaku keajaiban mukjizat Rasulullah SAW yang disaksikan oleh para sahabat. Pohon kurma tempat Rasulullah SAW bersandar menangis terisak-isak. Bila Rasulullah SAW menghampiri pokok tersebut dan bertanya kepadanya. Pokok kurma tersebut berkata bahawa dirinya sedih kerana Rasulullah SAW tidak lagi menggunakannya untuk bersandar sewaktu memberi khutbah. Lantas Rasulullah SAW memujuk poohon kurma tersebut. Sejak itu pohon tersebut disapu dengan sejenis pewangi yang bernama Khaluq. Setelah pohon kurma tersbut mati. Tapak pohon tersebut dibina sebuah tiang kecil dinamakan Tiang Mukhallaqah. Kedudukannya benar-benar bersebelahan kanan mihrab Rasulullah SAW.
Maka, apalah gerangan kita untuk tidak berselawat kepada Baginda. Kita umat yang diberi banyak kelebihan berbanding umat lain, hatta para Nabi-nabi lain memohon kepada Allah s.w.t. supaya digolongkan dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w.
Saturday, January 5, 2013
Monday, December 24, 2012
Thursday, December 6, 2012
Tuesday, December 4, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)