Monday, March 26, 2012

Imam Campur


























Aslmkm. Kali ini saya bawakan imam campur daripada 3 teras. Model baru ni. Belum buka untuk tempahan. Imam campur dalam tasbih tak mengapa, Kalau campur dalam solat, pening makmum. 




Thursday, March 15, 2012

Modified Tasbih
















Modified punya pasal. Ni tasbih seorang sahabat dari Kota Bharu. Entah buah apa yang dihentam sampai nak suruh modified. Tapi xapa. Nampak cantik juga apabila digabungkan dengan Teras Asam dan Teras Kemuning Hitam. Apa-apa pun, Terima Kasih Abg Min, Kota Bharu, Kelantan kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk mengubah suai tasbih beliau. 

Tasbih yang telah dibaik pulih UP En. Zaidi Pahang















Alhamdulillah. Tasbih ini telah dihantar oleh seorang sahabat untuk dibaik pulih. Pada asalnya tasbih ini tidak mempunyai imam, bilal, dan buah guntur. Alhamdulillah, akan dipos dalam masa terdekat.

Saturday, March 10, 2012

Nantikan Kemunculannya


Tasbih Teras Asam AS005














Jenis Kayu : Teras Asam / Celagi
Saiz : M
Bilangan Biji : 100 biji
Bentuk Biji : No. 1 (piring)

Alhamdulillah, tasbih berbentuk idaman ramai telah pun siap. Tapi, saya dapat buat daripada Teras Asam sahaja untuk kali ini. Insya-Allah, dilain masa, saya akan buat dengan pelbagai teras kayu yang menarik lagi.

"sila klik pada gambar untuk paparan lebih lanjut"

Friday, February 3, 2012

Tasbih Teras Kemuning Kuning & Kemuning Hitam UP En. Ridzuan, Pulau Pinang
















Jenis Kayu : Teras Kemuning Kuning (biji), Teras Kemuning Hitam (imam dan bilal)
Saiz : M (Diameter - 12mm ; Tinggi - 9mm)

Kalau yang ini, sudah siap 500 biji, cuma perlu diletak buah guntur pada imam dan bilalnya perlu diubahsuai kedudukannya.

Tasbih Teras Kemuning Hitam UP En. Ridzuan, Pulau Pinang














Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Saiz : M (Diameter-10mm ; Tinggi-8mm)

UP (Untuk Perhatian) En. Ridzuan, Pulau Pinang. Tasbih seperti dalam gambar tersebut, akan dibuat semula dalam bentuk satu utas tetapi bijinya sebanyak 500 atas permintaan En. Ridzuan.

Saturday, January 28, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H - "Ya Rasulallah, Syafaatkan kami di Akhirat kelak"



الصَّلاةُ والسَّلامُ عليكَ يا سيِّدِى يا رسولَ اللهِ قَدْ ضاقَتْ حِيلَتِى أَدْرِكْنِى يا رسولَ اللهِ

 Setengah daripada kesempurnaan iman, ialah cinta akan Nabi Muhammad s.a.w. Ayuh sama-sama memperbanyak selawat kepada baginda, sehingga disebut dalam sebuah kitab, jikalau seseorang itu berkata, "aku telah berselawat sebanyak sepuluh ribu semalam", maka tidak dikira riya' dengan perkataannya itu.

Wednesday, January 4, 2012

Tasbih Nibong Tunggal NT001













Jenis Kayu : Nibong Tunggal
Saiz : M
Bilangan Biji : 100 biji

Alhamdulillah. Kali ini saya datangkan tasbih daripada Nibong Tunggal. Tapi xbanyak yang boleh dibuat tasbih. Maklumlah, barang susah.

"sila klik pada gambar untuk paparan lebih lanjut" 

Wednesday, August 31, 2011

Al-Fatihah dan Salam 'Aidilfitiri







"Barangsiapa yang tidak bersedih dengan kematian para alim ulama', maka sesungguhnya pada dirinya terdapat satu alamat daripada segala alamat munafiq"

Tanggal 1 Syawal 1432H, perginya satu permata yang amat berharga buat masyarakat Kelantan khususnya dan umat Islam amnya. Almarhum Tuan Guru Hj Hasyim B Hj Abu Bakar telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 1 tengahari 30 Ogos 2011 bersamaan 1 Syawal 1432H. Walaupun saya tidak sempat untuk belajar secara talaqqi dengan beliau, namun segala tutur bicara dan tingkah laku beliau sebenarnya, sudah dikira satu pengajaran daripada beliau. Beliau merupakan Mudir Pondok Pasir Tumboh menggantikan kedua-dua orang iparnya yang telah meninggal dunia pada tahun 80-an. Sila klik link dibawah untuk maklumat lanjut.

http://www.al-bakriah.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=44:penguasa-1&catid=8:pengasas-pondok&Itemid=23

Thursday, May 12, 2011

Gelang 13 Teras Mahar Istimewa Rm230 -sudah ditebus-



Petunjuk:
1. Teras Guni Hitam
2. Teras Gemunggal









Petunjuk :
1. tidak diketahui
2. Teras Akar



Petunjuk :
1. Teras Beluru
2. Teras Kemuning Emas
3. Teras Kemuning Hitam



Petunjuk :
1. Ibor
2. Teras Gemunggal
3. Teras Akar Laka

Jenis Kayu : 13 Teras (2 tidak diketahui)
Diameter : 6.5cm
Ukur Lilit : 21.5cm
Saiz Biji : L
Tambahan : Teras Asam Jawa antara setiap biji teras

Alhamdulillah. Hajat untuk menghasilkan gelang daripada teras-teras terpilih tercapai juga. Walaupun terdapat 2 teras yang tidak diketahui asal-usulnya, tetapi berdasarkan kepada urat teras, ia tergolong dalam kategori teras yang jarang sekali untuk ditemui.

Sunday, May 8, 2011

Tasbih Kemuning Hitam KH006



Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : M (diameter 10mm, tinggi 8mm)

"sila klik pada gambar untuk paparan lebih lanjut"

Tasbih Kemuning Kuning UP Abg Ibrahim KL









Bentuk bagi tasbih ini ialah yang disebelah KIRI

Wednesday, May 4, 2011

Close-up Teras Asam Jawa

Sekadar Berkongsi Pengalaman

Gambar-gambar yang dipaparkan ialah proses transformasi rona teras bermula daripada peringkat mula-mula menjadi teras sehingga kepada penggunaan teras samada dalam bentuk tasbih atau cincin. Ini kerana, setiap tumbuhan semulajadi di muka bumi Allah s.w.t. ini mempunyai hubung kait dengan hamba-Nya dan hanya Dia yang Maha Mengetahui hikmahnya. Lagi pula, apabila saya keluarkan tasbih sendiri yang mana setiap bijinya berwarna agak tua dan shiny, pasti ada yang minta dimaharkan, pada hal bendanya sama sahaja.




Teras Asam Jawa setelah siap dilarik. Warna Coklat dan seakan-akan merah timbul. Urat Teras masih jelas kelihatan.




Peringkat kedua. Yang ini saya guna sendiri tidak sampai satu tahun. Warnanya sudah berubah kepada hitam kemerah-merahan dan urat teras semakin susah untuk diamati.




Peringkat Akhir Alhamdulillah. Teras Asam ini terdapat dalam tasbih saya sendiri yang mempunyai 27 teras. Salah satunya Teras Asam seperti paparan diatas. Tasbih ini sudah berusia 6 tahun. Warnanya semakin hitam dan urat teras seolah-olah tiada.



*ini sekadar pengalaman saya menggunakan tasbih. Diluar sana ramai lagi yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini dan mereka tentunya pernah melihat teras yang mungkin berusia beratus-ratus tahun.