Sunday, February 27, 2011

Tasbih Raja Kayu / Damar Minyak R002



Jenis Kayu : Raja Kayu / Damar Minyak
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : L

Paparan lebih lanjut, klik pada gambar.

Saturday, February 26, 2011

Cemeti Teras Asam Jawa ( koleksi istimewa ) -sudah ditebus-























Jenis Kayu : Teras Asam Jawa
Saiz :
xxl hingga s
Bilangan Biji :
100biji
Khasiat :
Pendinding, Pagar Diri.

M
ungkin ramai yang bertanya, untuk apa cemeti ini dihasilkan. Menurut seorang pengamal perubatan tradisional dari Perlis, mereka menggunakan cemeti bagi menghalau segala jenis gangguan daripada makhluk halus. Biasanya, mereka akan memulakan bacaan ayat suci Al-Quran dan seterusnya, mengambil cemeti ini dan melibas-libas sebagai tanda isyarat. Pandangan saya pula, bukan sahaja boleh menghalau gangguan daripada makhlus halus, makhluk yang nyata pun parah kalau kena libasan cemeti ini.


Wednesday, February 23, 2011

Tasbih Teras Asam Jawa AS002



Jenis Kayu : Teras Asam Jawa
Bilangan Biji : 100biji
Saiz : -M
-Diameter 1.1cm
-Tinggi 0.8cm

Alhamdulillah. Kembali menemui pencinta teras kayu setelah agak sekian lama menyepikan diri. Kali ini, kami ingin berkongsi satu lagi anugerah ciptaan Ilahi yang telah diperolehi dengan izin-Nya. Dalam usaha mencari teras asam jawa ini, kami akhirnya menemui sebuah pokok asam jawa yang telah buruk dibahagian tengah atau gelonggong bagi istilah orang Kelantan. Buat pengetahuan semua, cara paling mudah untuk mengetahui sesuatu pokok itu berteras atau tidak ialah dengan memerhatikan pada batang pokok itu. Jika terdapat kecacatan seperti berlubang, reput dsb, Insya-Allah adalah terasnya. Pokok yang kami temui itu, hanya tinggal tunggul dan berlubang dibahagian tengah. Dan, kami sendiri, dalam mengkaji tentang khasiat teras, kami terjumpa dalam sebuah kitab perubatan yang mana teras ini dipanggil tamarhindi. Boleh juga lah kalau nak dikatakan teras ini sudah masyhur di serata alam. Di Indonesia sendiri, dipanggil galih asam.

Monday, August 30, 2010

Tasbih Teras Gemunggal G001 Rm450



Jenis Kayu : Teras Gemunggal & Teras Kemuning Hitam
Bilangan Biji : 33 biji
Saiz : M

Bukan nak berjenaka, tapi inilah hakikatnya. Khasiat teras ini amat besar dalam menangani masalah gangguan makhluk halus, membuang raksa dalam tubuh, pendinding diri, tahan kulit (kebal) dsbnya. Teras ini mempunyai banyak nama, remunggai, gemunggal dan kelor. Sudah ramai yang memilikinya, anda pula bagaimana?

Tasbih Teras Kemuning Hitam KH003



Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Bilangan Biji : 33 biji
Saiz : M, L

Tuesday, July 27, 2010

Salam Ramadhan 1431H



Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada kaum Muslimin&Muslimat. Menurut perkiraan Unit Falak, kita akan berpuasa pada hari Rabu bersamaan dengan 11 ogos 2010. Marilah sama-sama mengulangkaji semula tentang ilmu berpuasa; syarat, rukun, dsbnya, agar puasa yang dilakukan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

*Makluman : pihak kami tidak akan menerima sebarang tempahan membuat tasbih sepanjang bulan Ramadhan. Adapun tasbih-tasbih yang dipaparkan dalam www.tasbihteras.blogspot.com, item-item tersebut masih ada dalam simpanan dan sedia untuk dipos kepada mereka yang berhajat. Wassalam.

Jenis-jenis Bentuk Biji Tasbih



Sudah lama tidak post entri terbaru. Agak sibuk belakangan ini. Kali ini, saya datangkan bentuk-bentuk biji tasbih untuk tatapan semua. Ramai yang menghubungi saya untuk menempah tasbih, mempunyai masalah dalam menentukan saiz dan bentuk biji tasbih. Untuk pengetahuan pengunjung semua, sesiapa yang berhajat untuk memiliki tasbih dengan bentuk yang diingini, setakat ini, saya hanya membuat bentuk seperti yang tertera. Jika ada rekomendasi bentuk yang lain, Insya-Allah boleh dipertimbangakan. Saya juga menerima tempahan bagi sesiapa yang ingin membuat tasbih menggunakan kayunya sendiri. Tentang kos membuat tasbih, bolehlah hubungi saya ditalian. Insya-Allah, untuk entri seterusnya, saya akan paparkan secara detail lagi untuk setiap bentuk-bentuk tasbih yang telah dipaparkan diatas.

Thursday, May 20, 2010

Tasbih Teras Kemuning Kuning KK001



Jenis Kayu : Teras Kemuning Kuning
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : L

Tasbih 3 Teras Kayu Penawar KD001



Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam, Teras Kemuning Kuning dan Teras Raja Kayu/Damar Minyak
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : M

Monday, April 12, 2010

Tasbih Teras Kemuning Hitam KH005



Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Bilangan Biji : 100biji
Saiz : L

Sunday, April 11, 2010

Tasbih 2 Teras Kayu Penawar KA001



Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam & Teras Hitam Arang
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : M

Tasbih Teras K.Hitam & R.Kayu 10/10 sekatan KR10 ( sudah ditebus )












Jenis Kayu : Teras Raja Kayu & Teras Kemuning Hitam
Bilangan Biji : 100 biji
Bilangan Sekatan/Bilal : 10biji bagi setiap bilangan 10-10 dan 2biji bagi bilangan 33-33
Saiz : M

Friday, April 9, 2010

Wednesday, February 10, 2010

Tasbih Teras Kemuning Hitam + Teras Raja Kayu KR001 ( sudah ditebus )





Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam + Teras Raja Kayu/Damar Minyak
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : M


Tuesday, February 9, 2010