Friday, April 9, 2010

Wednesday, February 10, 2010

Tasbih Teras Kemuning Hitam + Teras Raja Kayu KR001 ( sudah ditebus )





Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam + Teras Raja Kayu/Damar Minyak
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : M


Tuesday, February 9, 2010

Tasbih Raja Kayu / Damar Minyak R001 ( sudah ditebus )




Tasbih ini 100% daripada raja kayu.

Tasbih 33 Jenis Teras Kayu 100 Biji C003



Sebelum ini, tasbih 33 teras 100 biji hanya terdapat 1 utas. Atas permintaan ramai, kami bawa datang kepada peminat semua tasbih itu semula. Bezanya, teras-teras dalam tasbih ini berlainan sedikit daripada teras-teras pada tasbih yang terdahulu.


Sunday, January 10, 2010

Tasbih Pengasas Blog





























Atas permintaan ramai, kami mempamerkan kepada pengunjung semua tasbih yang selalu kami gunakan. Kemana sahaja pergi, tasbih ini sentiasa bersama. Usia tasbih ini hampir 10 tahun sudah. Kebanyakan teras-teras yang terdapat pada tasbih ini yang amat susah untuk ditemui.

Bandar Kota Bharu, Kelantan.


Inilah sebahagian daripada gambar bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.
Disinilah kami menjalankan perniagaan pada setiap hari Jumaat. Hasil idea Tuan Guru, maka beliau menetapkan 2 hari sebagai hari cuti umum iaitu hari Jumaat sebagai hari untuk menambah ilmu dan hari Sabtu sebagai hari untuk merapatkan silaturrahim antara sanak saudara. Awal pagi Jumaat lalulintas
sudahpun sibuk dengan kenderaan.Semuanya menuju ke satu tempat yang dinamakan Medan Ilmu, di bandar Kota Bharu, bagi mendengar amanat, tazkirah dan ceramah ugama. Bagi peniaga sekitar Kota Bharu, mereka akan merebut peluang ini dengan membuka gerai ditapak yang disediakan dan menjaja dikekitar bandar. Kami juga membuka gerai jualan tasbih, batu permata dan tongkat memandangkan hari Jumaat merupakan hari cuti minggu bagi pondok kami. Alhamdulillah, sambil mencari rezeki, dapat menambah ilmu pengetahuan dengan mendengar ceramah daripada Tuan Guru dan ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri dan kadang-kadang penceramah bebas juga diberi ruang untuk berucap.

Tasbih Kemuning Hitam + Buah Kokka KB001 ( sudah ditebus )









Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Saiz : M
Bilangan Biji : 100 biji

Biji tasbih ini berbentuk bulat seperti guli dan 2 penanda diletakkan padanya. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Thursday, January 7, 2010

Tasbih Kemuning Hitam 100 biji 3 bilal KH002 ( sudah ditebus )



Tasbih ini mempunyai 3 bilal, iaitu pada bilangan ke-33, 41, dan 66.

Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : M

Tasbih Buluh Tumpat 33biji



Alhamdulillah, kali ini, kami memperkenalkan tasbih daripada jenis buluh pula iaitu buluh tumpat. Keistimewaanya hanya diketahui oleh pemakainya sahaja. Didatangkan dengan tiga saiz : S, M, L. Buat masa ini, tasbih ini hanya dikeluarkan dalam bilangan 33 biji sahaja.

Jenis Kayu : Buluh Tumpat
Bilangan biji : 33 biji
Saiz : L

Tuesday, December 8, 2009

Tongkat 2 Jenis Teras Kayu Penawar




























































































Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam (batang) ,
Teras Kemuning Kuning ( hulu / pemegang ) .
Saiz : 3 kaki : 36 inci .
Jenis Buatan : Handmade

Jika diperhatikan betul2, tongkat ini kelihatan bengkok berbanding tongkat teras kemuning hitam, ini kerana kedua-dua tongkat yang dipemerkan dibuat daripada sebatang kayu teras kemuning hitam. Ianya tidak disambung-sambung seperti kebanyakan tongkat yang dipasarkan. Maka untuk mendapatkan sebatang teras kayu kemuning yang lurus memang agak susah ditambah pula dengan bukitnya yang curam dan terasnya yang berat. Saya jamin, pengunjung semua pastinya berfikir dua kali apabila melihat bukit yang dinaiki untuk mencari teras kayu ini. ( sekadar berkongsi pengalaman )

Saturday, December 5, 2009

Tongkat Teras Kemuning Hitam ( sudah ditebus )


























Jenis Kayu : Teras Kemuning Hitam 100 %
Saiz : 3 kaki : 36 inci
Jenis Buatan : Handmade

InsyaAllah sesiapa yang berminat dengan tongkat ini, boleh berhubung terus dengan saya.

Kepada Ahli Zikir


Tasbih Teras Kemuning Kuning 500biji. Klik pada gambar untuk maklumat lebih lanjut.

Tuesday, December 1, 2009

Imam



Kepelbagaian imam pada tasbih-tasbih menjadikannya satu tarikan kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Anda pastinya tidak ingin melepaskan peluang untuk mendapatkan tasbih ini.

Klik ke ruangan blog pelbagai jenis tasbih teras kayu untuk makluman lanjut.

Tuesday, November 24, 2009

Tasbih Teras Kemuning Hitam KH001 ( sudah ditebus )




TasbihTeras Kemuning Hitam ini didatangkan dengan saiz XL. 2 biji yang berwarna coklat diatas adalah daripada buah koka.

Monday, November 16, 2009

Tasbih Teras Kemuning Hitam KH004 ( sudah ditebus )



Tasbih yang dinanti-nanti oleh peminat semua sedia untuk dimaharkan. Tasbih ini 100% daripada teras kemuning hitam yang mana tiada campuran daripada teras-teras kayu yang lain.