Pages

Saturday, October 19, 2019

PEMBUATAN TASBIH SECARA MANUAL








Pembuatan Tasbih Secara Manual

Daripada kayu sebesar batang balak, kami jadikan biji-biji bulat bersaiz 7 milimiter (mm).

Mungkin ramai yang beranggapan bahawa kerja buat tasbih ini hanya cincai-cincai. Benda biasa sahaja. Tidak ada yang istimewa.

Tapi bagi kami, pembuatan biji-biji tasbih ini sangat menguji kesabaran dan ketajaman fikiran. Bayangkan dari mula kami dapatkan kayu di lereng bukit, di dalam gua dan di puncak gunung, kemudian kami proses kayunya dan kami cuci lumpur yang melekat pada kayu.

Kemudian kami proses buang gubal kayu (sapwood) untuk mendapatkan terasnya sahaja. Setelah selesai proses mencuci, kami potong kayu menjadi blok-blok atau kiub supaya memudahkan kerja melarik / mengukir.

Dalam masa mengukir, kami terpaksa hadapi risiko kayu pecah, kayu retak. Dan selesai sahaja melarik, kami licinkan pula.

Habis semua kayu tadi menjadi biji, bermulalah proses menyusun biji tasbih, mengikat dan memintal, seterusnya sentuhan terakhir iaitu meletakkan aksesori yang sepatutnya. 

Begitulah proses ringkas dari sebatang kayu kepada biji manik kecil tasbih kayu. Dari hutan belantara kepada jari jemari manusia.

Kerana minat, dan yang utama, 
Lillahi ta’ala,
Mencari rezeki, 
Dengan usaha sendiri.
Meskipun usaha dan ikhtiar tiada memberi bekas bagi diri.

#terasKayu
#warisanNusantara
#Nusantara_Craftmanship

No comments:

Post a Comment