Assalamualaykum...
Masih belum terlambat rasanya untuk kami ucapkan selamat hari raya. Dek kesibukan dan kesihatan yang kurang mengizinkan baru-baru ini, sangat terbatas waktu dan pergerakan ini. Kepada sahabat-sahabat yang ada membuat tempahan atau ada menghubungi pihak kami, diharap mesej atau telefon kami kembali untuk renew semula. Terima kasih kerana menyokong usaha kerdil kami selama ini. Thank you a lot for your full support to us.
Dalam kesempatan ini, kami ingin memaklumkan sahabat-sahabat semua tentang beberapa perkara.
1. Facebook Page Peminat Tasbih Teras akan kembali beroperasi setelah sekian lama diabaikan. Pihak kami akan menerbitkan posting secara konsisten, insyALLAH. Sahabat-sahabat boleh like page kami. Disini kami sertakan link page tersebut.
https://ms-my.facebook.com/pages/Peminat-Tasbih-Teras/115574358501023
2. Pihak kami sedang memperkenalkan satu produk baru iaitu Miracle Magic Blue. Produk ini merupakan :-
* pembasmi bau badan
* 100% herba yang terdiri daripada tawas, air mawar dan beberapa herba terpilih yang lain.
* keluaran bumiputera
* harga mampu milik
* mudah dibawa kemana saja
* tidak perlu makan atau sapu. Hanya sekali sembur, bau busuk akan hilang.
Produk ini sebenarnya sudah lama dipasarkan. Cuma berlegar sekitar kampung-kampung sahaja. Jadi untuk berkongsi keajaiban dan anugerah daripada ciptaan Tuhan ini, kami mengambil inisiatif untuk memasarkan secara online. Harap sahabat dapat war-warkan perkara ini kepada kenalan. Link blog Magic Blue ialah seperti berikut :-
miraclemagicblue.blogspot.com
3. Bagi sahabat yang ada mesej atau sebagainya, disini kami ingin mengemas kini talian untuk dihubungi. Susunan talian ialah mengikut prioriti :
i. +60139825404
ii. +601119915484
iii. +60145067693
4. Akhir sekalli, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana menyokong kami selama beroperasi di alam maya ini. Tanpa kalian, siapalah kami ini. Walau kita tidak pernah bersua, namun komitmen, tanggungjawab dan amanah yang diberikan, melahirkan kepercayaan dan keyakinan para sahabat untuk terus bersama dengan kami.
Terima Kasih sekali lagi.