Sunday, January 13, 2013

SALAM MAULIDURRASUL 1434 H


Selamat Menyambut Bulan Kelahiran Junjungan Mulia. Jika sebelum ini, kita hanya selawat kepada Baginda dalam tahiyat sahaja, maka dalam bulan ini, perbanyakkan selawat dalam kehidupan kita. Diceritakan, Pada waktu permulaan Rasulullah SAW berkhutbah, baginda tidak berkhutbah di atas mimbar, sebaliknya baginda hanya bersandar pada sebatang pohon kurma. Keadaan demikian berpanjangan sehingga beberapa ketika. menurut riwayat dalam sahih Al Bukhari, seorang perempuan dari golongan Ansar datang menghadap Rasulullah dan berkata,

"wahai Rasulullah, adakah Rasulullah bersetuju kalau saya buatkan sesuatu yang dapat Rasulullah gunakan untuk duduk sewaktu berkhutbah, ketahuilah bahawa saya mempunyai seorang anak lelaki yang menjadi tukang kayu."

Jawab Rasulullah, bahawa baginda bersetuju . Lalu perempuan itu membuat sebuah mimbar yang sederhana besarnya untuk baginda menggunakannya.
Setelah mimbar tersebut siap dan digunakan oleh Rasulullah SAW, berlaku keajaiban mukjizat Rasulullah SAW yang disaksikan oleh para sahabat. Pohon kurma tempat Rasulullah SAW bersandar menangis terisak-isak. Bila Rasulullah SAW menghampiri pokok tersebut dan bertanya kepadanya. Pokok kurma tersebut berkata bahawa dirinya sedih kerana Rasulullah SAW tidak lagi menggunakannya untuk bersandar sewaktu memberi khutbah. Lantas Rasulullah SAW memujuk poohon kurma tersebut. Sejak itu pohon tersebut disapu dengan sejenis pewangi yang bernama Khaluq. Setelah pohon kurma tersbut mati. Tapak pohon tersebut dibina sebuah tiang kecil dinamakan Tiang Mukhallaqah. Kedudukannya benar-benar bersebelahan kanan mihrab Rasulullah SAW. 


Maka, apalah gerangan kita untuk tidak berselawat kepada Baginda. Kita umat yang diberi banyak kelebihan berbanding umat lain, hatta para Nabi-nabi lain memohon kepada Allah s.w.t. supaya digolongkan dalam kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w.

No comments: