Kami merupakan pembekal dan penjual barangan berasaskan teras dan kayu. Pengkhususan lebih kepada Tasbih Teras dan Tongkat Teras. Juga memasarkan produk lain seperti cincin, permata dan minyak gaharu. Hubungi kami melalui WhatsApp atau mesej ke +6011 1991 5484
Sunday, February 27, 2011
Tasbih Raja Kayu / Damar Minyak R002
Jenis Kayu : Raja Kayu / Damar Minyak
Bilangan Biji : 100 biji
Saiz : L
Paparan lebih lanjut, klik pada gambar.
Saturday, February 26, 2011
Cemeti Teras Asam Jawa ( koleksi istimewa ) -sudah ditebus-
Jenis Kayu : Teras Asam Jawa
Saiz : xxl hingga s
Bilangan Biji : 100biji
Khasiat : Pendinding, Pagar Diri.
Mungkin ramai yang bertanya, untuk apa cemeti ini dihasilkan. Menurut seorang pengamal perubatan tradisional dari Perlis, mereka menggunakan cemeti bagi menghalau segala jenis gangguan daripada makhluk halus. Biasanya, mereka akan memulakan bacaan ayat suci Al-Quran dan seterusnya, mengambil cemeti ini dan melibas-libas sebagai tanda isyarat. Pandangan saya pula, bukan sahaja boleh menghalau gangguan daripada makhlus halus, makhluk yang nyata pun parah kalau kena libasan cemeti ini.
Wednesday, February 23, 2011
Tasbih Teras Asam Jawa AS002
Jenis Kayu : Teras Asam Jawa
Bilangan Biji : 100biji
Saiz : -M
-Diameter 1.1cm
-Tinggi 0.8cm
Alhamdulillah. Kembali menemui pencinta teras kayu setelah agak sekian lama menyepikan diri. Kali ini, kami ingin berkongsi satu lagi anugerah ciptaan Ilahi yang telah diperolehi dengan izin-Nya. Dalam usaha mencari teras asam jawa ini, kami akhirnya menemui sebuah pokok asam jawa yang telah buruk dibahagian tengah atau gelonggong bagi istilah orang Kelantan. Buat pengetahuan semua, cara paling mudah untuk mengetahui sesuatu pokok itu berteras atau tidak ialah dengan memerhatikan pada batang pokok itu. Jika terdapat kecacatan seperti berlubang, reput dsb, Insya-Allah adalah terasnya. Pokok yang kami temui itu, hanya tinggal tunggul dan berlubang dibahagian tengah. Dan, kami sendiri, dalam mengkaji tentang khasiat teras, kami terjumpa dalam sebuah kitab perubatan yang mana teras ini dipanggil tamarhindi. Boleh juga lah kalau nak dikatakan teras ini sudah masyhur di serata alam. Di Indonesia sendiri, dipanggil galih asam.
Subscribe to:
Posts (Atom)